my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Jumaat, Julai 30, 2010

Pengalaman pertama bergelar ibu...

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCCZbELaQ8Kc-2fprPuBVUCTdXWv0FhTOvrDZQQgH3fKN7gYxhv8blBwr0XiJGTUW8FBKZHYMlLJgpeWaUAkpAZScm4KGaWbf4bG5MODf95wE31bo8eMSV6WJgwAqdZCof1jXj83BFy9I/s1600/scan0007.jpg">
19 jun 2000, walaupun sarat mengandung tetapi masih cergas dan sihat. Hari itu merupakan temujanji yang terakhir dengan doctor kerana pada esoknya terpaksa ditahan di wad untuk melakukan prosedur induce. Hanya ALLAH saja yang tahu bertapa berdebar campur gembira kerana saat yang ditunggu hampir tiba. Menurut doctor, induce terpaksa dilakukan bagi mengurangkan risiko pada baby dan ibu, kerana si ibu menghidap darah tinggi apabila usia kandungan 8 bulan.

20hb jun 2000, bertempat di DAMAI HOSPITAL MALAWATI. Debaran makin rancak, ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Alat pengesan bunyi jantung baby dipasang pada perut, bunyi jantung baby sangat kencang, nurse mengatakan keadaan baby sangat baik. Bacaan tekanan darah diambil selang beberapa jam. Alhamdulillah... semuanya dalam keadaan terkawal.

21hb jun 2000 pagi. Induce dimasukan, selang beberapa jam rasa sakit di belakang mulai terasa. Makin lama makin sakit dan kerap. Nurse kerap datang untuk pemeriksaan bukaan, katanya baru 2cm, datang lagi baru 3cm dan seterusnya pada waktu petang setelah bergelut dengan rasa sakit barulah air ketuban dipecahkan, ketika itu menurut nurse bukaan sudah mencapai 6cm. Pukul 6 petang ditolak masuk ke bilik bersalin, suami sentiasa disisi menemani untuk melihat dan memberi semangat. Nurse yang bertugas menyuruh teran apabila rasa sakit, dalam hati tertanya tanya "sakitnya tak rasa macam nak meneran pun, cuma rasa macam tulang belakang dipulas". Akhirnya doktor sampai, dia menyuruh meneran sekuat hati, tetapi baby masih tidak keluar. Doktor mengambil keputusan untuk menjalankan prosuder VACCUM. Cubaan yang pertama gagal, begitu juga dengan cubaan yang kedua dan ketiga. "Saya tak nak ambil risiko kita terpaksa BEDAH" kata doktor. Ya ALLAH engkau ampunkanlah dosa hamba mu... selamatkanlah bayi yang ku kandung ini. Tetapi sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui, dia yang menentukan segalanya.. Setengah jam bergelut rasa sakit dan terasa ada sesuatu yang keras bila peha dikepit. Pukul 8pm baru ditolak kebilik bedah. Suami tidak dibenarkan masuk kerana ini merupakan kes kecemasan. Sehingga semuanya selesai dan ditolak balik ke wad biasa, tangisan baby masih tak kedengaran. Hati resah, takut, sedih dan berdebar... mana abang? mana baby? malam itu tak dapat tidur kerana kesakitan dan takut, sehingga nurse memberi suntikan tahan sakit barulah boleh lena seketika.
22hb jun 2000, waktu tengah hari....... barulah dengar berita dari suami, mengatakan baby telah dihantar ke UNIVERSITI HOSP dan dimasukkan ke ICU kerana lemas semasa proses bersalin. Menurut doctor di sana otaknya rosak teruk, peratusan baby hidup cuma 1% sahaja. Doctor mencadang untuk berhentikan mesin pernafasan dan segala ubat. Hati seorang ibu hancur...hanya ALLAH saja yang tahu bertapa sedih dan pilunya kata kata itu. TIDAK!! mukanya pun tak dapat ditatap lagi... belum pun cium dan peluk dia, tunggulah dulu.... buat apa nak cabut, biarlah dia pergi sendiri... Rupanya ALLAH memang nak kurniakan seorang anak yang ISTIMEWA untuk hambanya ini. Dia panjangkan nyawa puteri yang kami namakan NUR IRDINA ini agar kami lebih dekat dengannya, agar kami belajar untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Nur Irdina hanya menggunakan mesin pernafasan selama 5 hari, seterusnaya dia dipindahkan ke wad kanak2 untuk belajar menyusu selama 2 minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan...