my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Rabu, Julai 28, 2010

Dairi kehidupan


Assalamualaikum.. Selalunya sebuah dairi hanya disimpan untuk tatapan peribadi, tetapi dairi kehidupan ini, ditulis untuk dikongsi bersama agar kita dapat mengimbas kembali saat manis dan pahit untuk dijadikan teladan. Insyallah.....

Tanggal 02hb 10 1999, adalah hari yang paling bahagia buat seorang perempuan yang bernama FARAHANI kerana dia telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan kekasihnya. Hanya sekali lafaz, sahlah mereka menjadi sepasang suami isteri dan bermulalah kehidupan baru buat pasangan ini melayari bahtera kehidupan bersama. Teringat pesan bapa mentua "Farah dan Yeop dididik oleh ibu bapa yang berbeza, jadi masing masing harus belajar menyesuaikan diri dan memahami situasi masing2" Masa bercinta dan alam rumahtangga jauh berbeza, kerana kita akan menyedari kelebihan dan kelemahan masing2 hanya bila sudah berkahwin. Tinggal bersama keluarga mentua bukanlah impian seorang wanita, tetapi keadaan memaksa lantaran ekonomi yang masih tidak kukuh. Nasib, ibu mentua seorang yang tidak cerewet dan agak memahami.. semuanya dalam keadaan yang baik2 saja, cuma si suami masih tidak dapat menyesuaikan diri kerana sewaktu bujang dia seorang yang suka melepak di rumah kawan bujang. Dalam tahun pertama perkahwinan, sering merajuk kerana si suami asyik pulang lewat. Bersambung....