my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Jumaat, Julai 30, 2010

Melayari bahtera seindah Titanic...



Disember 1999 : Rezeki dari yang Maha Esa (Meliputi). Orang dulu2 cakap "bunting pelamin" terus melekat.... Hati siapa yang tak berbunga bila mendengar keputusan dari doctor "awak hamil" syukur Alhamdulillah. Ragam orang mengandung, merajuk, cepat marah dan ingin makan yang bukan2, itu perkara biasa yang selalu dilalui oleh setiap pasangan. Kentang goreng MC D kah.. kah.. itulah yang selalu diidamkan mak buyung sorang ni. Nasib, suami sabar melayan karenah isteri, mungkin teruja kerana berjaya menjadi seorang bapa.

Anak adalah anugerah tuhan yang paling berharga dari semua harta didunia ini. Oleh itu, peliharalah sebaik mungkin, dengan ilmu dan kasih sayang. Berilah perhatian dan belaian ketika mereka memerlukan, agar kita tidak sesal apabila mereka dewasa kelak. Anak yang soleh akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya di dunia dan juga di akhirat.

2 ulasan:

  1. Semoga dgn izin,redha & rahmat Allah bersama-sama kita melayari kehidupan yg fana ini dgn menjaga amanah yg tidak ternilai yg telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada kita sayangku..

    BalasPadam
  2. Terima kasih... kalau boleh sertakan nama sekali...

    BalasPadam

Silakan...